Pengenalan
Sistem Permohonan Semakan Semula adalah satu kemudahan atas talian yang disediakan untuk memohon semakan semula ke atas keputusan Ketua Pengarah Kastam yang dibuat di bawah Akta Kastam 1967, Akta Eksais 1976, Akta Cukai Jualan 2018, Akta Cukai Perkhidmatan 2018 dan Akta Levi Pelepasan 2019.
Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap oleh Pemohon atau orang yang diberi kuasa oleh Pemohon sahaja secara atas talian. Jika Pemohon adalah sebuah syarikat, orang yang diberi kuasa hendaklah di kalangan pegawai syarikat sahaja. Ejen cukai atau peguam tidak boleh mengisi dan memperakui borang permohonan tersebut.
Dokumen sokongan yang perlu dilampirkan bersama borang permohonan adalah seperti berikut :
(i) Surat keputusan Ketua Pengarah Kastam; dan
(ii) Dokumen lain untuk menyokong alasan permohonan semakan (jika berkaitan).